Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki mengalihkan ais dan salji di Bandar Niigata. Menurut Agensi Meteorologi Jepun, salji lebat dijangka turun di sebelah Laut Jepun. Foto Reuters.

Lima maut akibat cuaca sejuk melampau di Jepun

ByBernama

TOKYO, 26 Jan: Ribut salji dan sejuk melampau telah mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang di Jepun.

Di beberapa tempat di negara ini, suhu menurun kepada paras terendah sehingga 12 darjah Celsius di bawah sifar, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Laluan kereta api dan jalan raya turut terjejas.

Di wilayah barat Kyoto dan Shiga, ribuan orang terpaksa bermalam di dalam kereta api atau di stesen manakala pemandu kenderaan terkandas di beberapa jalan utama di samping beratus-ratus penerbangan terpaksa dibatalkan, lapor media tempatan pada Khamis.

Jepun sedang dilanda musim sejuk paling sejuk setakat ini. Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk di Laut Jepun serta pantai Pasifik berikutan kawasan berkenaan diramal akan dilanda salji tebal selain ombak besar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan