Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Proses menaikkan kereta yang terjunam di jeti feri Tanjung Kunyit, Sibu, hari ini. Foto: Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak.

Satu mayat disahkan mangsa insiden kereta terjunam di jeti feri Tanjung Kunyit

SIBU, 9 Jan: Satu mayat ditemukan pada petang Ahad disahkan sebagai Philip Yiin Chun Leong – seorang daripada dua mangsa yang hilang dalam insiden kereta terjunam ke dalam Batang Rajang di jeti feri Tanjung Kunyit-Sungai Maaw pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata mayat berkenaan ditemui di Batang Lebaan kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian pada jam 6.10 petang, disahkan sebagai Philip, 61, oleh anak mendiang.

Mayat diserahkan kepada polis pada jam 10.30 malam.

Baca artikel berkaitan:

  1. Bomba berjaya kesan kereta terjunam dalam sungai di Tanjung Kunyit
  2. Doktor gigi hantar lokasi ‘Google Map’ terselamat, kereta terjunam dalam sungai di Sibu
  3. Kereta terjunam ke dalam Sungai Maaw di Sibu, dua masih hilang

Dalam pada itu, polis mengesahkan satu lagi mayat wanita ditemukan di sungai yang sama sekitar jam 9.00 pagi hari ini.

Polis kini dalam proses mengesahkan identiti mayat wanita berkenaan.

Dalam kejadian Jumaat lalu, dua daripada tiga penumpang kereta yang terjunam, dilaporkan hilang. Seorang mangsa disahkan selamat.

Sementara itu, proses menaikkan kereta berkenaan dilakukan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan