Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peninju baharu kebangsaan Daeloniel McDelon Bong atau Kilat Boy. Foto: Facebook Daeloniel McDelon Bong

Kilat Boy sahut cabaran, sertai kategori 54kg skuad negara

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 29 Dis: Peninju baharu kebangsaan, Daeloniel McDelon Bong atau terkenal dengan julukan Kilat Boy menyahut seruan skuad tinju negara untuk beraksi dalam kategori 54 kilogram (kg) pada aksi Sukan Asia Tenggara SEA 2023.

Anak kelahiran Sarawak itu yang sebelum ini gemar beraksi bagi kategori 57kg terpaksa akur sekali gus melihat keputusan itu  sebagai satu cabaran bagi dirinya membawa lencana Malaysia di dada.

“Menerusi perbincangan bersama pihak pengurusan saya bersetuju.

“Kerana perbezaan saiz tubuh badan kita dengan peninju negara luar agak berbeza meskipun timbangan beratnya sama, jadi saya bercadang menurunkan lagi berat badan saya bagi tujuan kategori baharu itu,” katanya.

Kilat Boy berkata demikian ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Dalam pada itu Kilat Boy juga turut meluahkan rasa syukur dan bangga selepas dipilih untuk mewakili negara pada 29 November lepas berdasarkan prestasi semasa cemerlang yang diraihnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan pihak pengurusan yang pernah membimbing saya sebelum ini,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan