Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang awam yang ditemui TVS pada hari ini. Foto: TVS

Rakyat harap menteri dilantik menitikberatkan pembangunan di Sarawak

KUCHING, 11 Dis: Pelantikan 11 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai antara barisan kabinet kerajaan perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Salah seorang warga Kuching, Rozie Sahari berharap pembangunan di negeri Sarawak ini terpelihara lebih-lebih lagi dari segi ekonomi.

“Jika dapat bangunkanlah ekonomi di Sarawak ini. Menteri perlu meningkatkan pembangunan di semua tempat termasuklah tempat yang pedalaman agar kita bersama-sama memperolehi manfaatnya,” katanya ketika ditemui TVS hari ini.

Selain itu, Adam Ibrahim pula berharap pembangunan Bumiputera dititikberatkan sekali gus diperkasakan dari segi infrastruktur.

“Saya berharap pembangunan warga bumiputera perlu dititikberatkan dalam sektor ekonomi. Hal ini kerana bumiputera agak mundur dalam sektor ekonomi. Jadi, berilah peluang dan perhatian lebih terutama kaum Melayu, Iban dan Bidayuh untuk bersama-sama bergiat aktif dalam bidang ekonomi seperti sektor perniagaan, pertanian, perladangan dan pembinaan. Saya melihat warga bumiputera boleh maju dalam sektor tersebut,” katanya.

Sementara bagi Mohammad Asri Ahmad Madihi, pembangunan jalan raya di kawasan pedalaman perlu ditambah baik lagi.

“Kita mempunyai Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Jadi, saya berharap beliau menambah baik jaringan jalan raya terutamanya di kawasan pedalaman,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan