JAKARTA, 10 Dis: Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Business School (JBS) bagi pembukaan pusat latihan dan pusat ujian Malaysian University English Test (MUET) di Jakarta, Indonesia.
Pembukaan ini untuk mempermudah pelajar-pelajar Indonesia yang ingin mengikuti perkuliahan tinggi di Malaysia.
MoU ini diadakan bagi membolehkan kedua pihak untuk bekerjasama dalam pengelolaan pelatihan MUET kepada pelajar Indonesia yang ingin mengambil ujian ini.
Menurut Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Adnan Husin, pelaksanaan ujian MUET di luar negara menerusi kaedah MUET On Demand khususnya di Indonesia bagi memudahkan pelajar di sini.
“Melalui kerjasama ini, pelajar dari Indonesia dapat mengikuti MUET dan menyertakan hasilnya untuk melanjutkan penggajian di Malaysia, tak hanya TOEFL dan IELTS sekarang ditambah MUET dengan biayanya yang terjangkau,” katanya.
Dengan biaya yang terjangkau, diharapkan MUET ini menjadi pilihan utama bagi pelajar Indonesia.
Turut menyertai Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Jakarta, Adlan Mohd Shaffieq dan penasihat pendidikan Education Malaysia Indonesia (EMI), Mohd Mubarak. – TVS