Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS.

Orang Sarawak tidak akan lupakan Sarawak – Abdul Karim

ByDouglas Elliot

KUCHING, 6 Dis: Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau tumpang gembira dengan pelantikan Dato Sri Tiong King Sing sebagai Menteri Pelancongan Kerajaan Persekutuan.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri berkata, beliau juga yakin King Sing yang merupakan anak jati Sarawak akan memudahkan urusan pembangunan infrastruktur pelancongan di Bumi Kenyalang.

“Beliau seorang yang mudah untuk dibawa berbincang atau dihubungi.

“Orang Sarawak juga tidak akan melupakan Sarawak,” katanya ketika diminta mengulas pelantikan berkenaan.

King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu mengangkat sumpah jawatan itu pada Sabtu lepas.

Semalam, King Sing menghadiri Mesyuarat Kabinet pertama yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Twitter, King Sing memaklumkan beliau telah mempengerusikan mesyuarat membabitkan kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, antara bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan oleh kementeriannya dengan Kementerian Pelancongan ialah bagi penambahbaikan kemudahan asas di lokasi pelancongan di Sarawak.

“Ini terutamanya di kawasan yang terkenal dengan alam semula jadi dan Taman Negara,” katanya.

“Pelancong datang ke Sarawak bukan untuk membeli-belah sebaliknya ingin menikmati keindahan alam semula jadi.

“Oleh itu, tempat berkenaan perlu mempunyai kemudahan yang mencukupi seperti tandas, tempat letak kenderaan dan sebagainya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan