
SIBU, 1 Jan: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menyusun pelbagai program dan aktiviti pelancongan budaya sepanjang 2025 sejajar dengan langkah Kerajaan MADANI meletakkan industri pelancongan budaya sebagai sebahagian daripada keutamaan negara.
Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata industri pelancongan budaya mempunyai potensi besar untuk menjana ekonomi negara dan meningkatkan pendapatan rakyat berikutan mampu menyumbang kepada pertambahan jumlah pelancong domestik dan asing.

KUCHING, 6 Dis: Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau tumpang gembira dengan pelantikan Dato Sri Tiong King Sing sebagai Menteri Pelancongan Kerajaan Persekutuan.