Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perladangan dan Komoditi Dato Sri Fadillah Yusof memulakan tugas rasminya di kementerian itu dengan mengimbas kad perakam waktu tepat jam 8.30 pagi hari ini. Foto: Twitter Fadillah Yusof

Fadillah mula tugas rasmi sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi

ByBernama

PUTRAJAYA, 5 Dis: Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato Sri Fadillah Yusof memulakan tugas rasminya di kementerian itu dengan mengimbas kad perakam waktu tepat jam 8.30 pagi hari ini.

Ketibaan Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Mad Zaidi Mohd Karli, Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (PSA), Pubadi Govindasamy,  Ketua Komunikasi Korporat, Nor Ratna Sridewi Mokhtar serta pegawai dan kakitangan kementerian itu.

Sejurus selepas mengimbas kad perakam waktu, beliau dibawa ke pejabatnya untuk menghadiri satu sesi taklimat mengenai kementerian itu bersama ketua-ketua jabatan.

Seterusnya, beliau menghadiri Mesyuarat Khas Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra jam10 pagi.

Beliau dijadual ke pejabat Timbalan Perdana Menteri bagi simbolik memulakan tugas rasmi jawatan itu selepas Mesyuarat Khas Kabinet berkenaan.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu ialah seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan, selain Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diumumkan Perdana Menteri pada Jumaat lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan