Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan Sri Gelinang Kampung Jerijeh Baru mengadakan persembahan dalam Majlis Prapelancaran Kamus Melanau Matu Daro-Bahasa Melayu di Dewan Suarah, Sarikei semalam. Foto TVS.

Sri Gelinang semarak seni tradisi Melanau Jerijeh

SARIKEI, 28 Nov: Kumpulan Sri Gelinang Kampung Jerijeh Baru aktif menganjurkan aktiviti dalam usaha menyemarakkan seni tradisi Melanau khususnya dalam kalangan generasi muda.

Salah seorang ahli kumpulan, Huzaimah Arbi berkata berkat kegigihan mereka, Sri Gelinang mampu bertahan hingga ke hari ini untuk meneruskan perjuangan mereka sebagai penyambung legasi seni tradisi Melanau, walaupun berdepan pelbagai cabaran arus pemodenan.

“Kumpulan kami ditubuhkan pada tahun 2005 dan sekarang kami mempunyai 12 ahli kumpulan yang terdiri daripada penari dan juga pemain gelinang. Kumpulan Sri Gelinang Kampung Jerijeh Baru aktif dijemput untuk majlis rasmi dan juga majlis perkahwinan.

“Kami juga sering dijemput ke luar kawasan dan juga di kawasan pedalaman untuk majlis perasmian sesuatu program,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan persembahan dalam Majlis Prapelancaran Kamus Melanau Matu Daro-Bahasa Melayu di Dewan Suarah, Sarikei semalam.

Huzaimah juga berkata perkataan gelinang diambil daripada sejenis alat muzik yang dimainkan ketika mengadakan persembahan dan kesenian itu diwarisi mereka daripada nenek moyang sejak zaman-berzaman.

Katanya, tarian dan nyanyian yang dipersembahkan merupakan sebahagian daripada hiburan selain menjadi tradisi acara keramaian dan menyambut kehadiran tetamu.

Kumpulan itu dianggotai penggiat seni berusia 18 hingga 62 tahun yang sebahagian besar terdiri dalam kalangan suri rumah.

Lagu dan tarian yang sering dipersembahkan ialah Jong-Jong Ukang, Melah Tubas Dudo dan Berkiker.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan