KUALA LUMPUR, 27 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan mesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya hari ini dengan memfokus kepada isu kos sara hidup yang menekan rakyat.
Beliau memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook dan Twitter semalam.
“Malam tadi meraikan jemaah kariah dan rakan-rakan di Sungai Long. Kami bersama mendirikan solat hajat dan membaca surah Yasin mendoakan semuanya selamat buat negara tercinta.
“Hari ini jam 11 pagi akan bermesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya yang akan memberi fokus soal kos sara hidup yang menekan rakyat,” katanya.
Anwar dijadual menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. -TVS