Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Junaidi Reduan bersama Steve Ng, Wilson Baya Dandot ketika menyalakan lampu pokok Krismas gergasi di hadapan Plaza Merdeka di Kuching pada Rabu. Foto: TVS

Pokok Krismas gergasi di Plaza Merdeka

KUCHING, 24 Nov: Bandar raya Kuching kini dimeriahkan dengan pokok Krismas yang bergemerlapan lampu serta hiasan loceng menandakan perayaan itu bakal tiba tidak lama lagi.

Mencuri pandangan ramai, sebuah pokok Krismas setinggi lebih 20 meter di hadapan pusat beli-belah Plaza Merdeka menjadi tarikan di lokasi sehingga 31 Januari tahun hadapan.

Lebih menarik, sambutan tahun ini pokok gergasi itu bertemakan ‘Memori Krismas’ seiring dengan sambutan ulang tahun ke-10 Plaza Merdeka sejak ia mula dibuka pada 12 Disember 2012.

Menurut Pengarah Eksekutif Plaza Merdeka Holdings Sdn Bhd, Datin Anriza Wong Cordero, pengwujudan pokok Krismas itu sebagai memberi penghormatan kepada pusat beli-belah itu yang telah beroperasi sedekad lalu.

“Seiring dengan tema itu, kami menggunakan semula dan mengitar semula bahan dan kepingan hiasan yang terkumpul sejak 10 tahun lalu sejak Krismas pertama.

“Ia adalah untuk mengenang kembali perjalanan yang kami lalui,” kata Anriza Wong dalam satu kenyataan semalam.

Bandar raya Kuching kini dimeriahkan dengan pokok Krismas yang bergemerlapan lampu serta hiasan loceng menandakan perayaan itu bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mendedahkan pihaknya mengambil inisiatif kreatif dengan pengolahan imej dan perspektif sekali gus disesuaikan dengan karya baharu dan harmoni yang selari dengan prinsip asas penubuhan pusat membeli-belah itu.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan dengan simbolik menghidupkan pencahayaan pada pokok gergasi tersebut pada malam Rabu.

Turut hadir, Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holdings Sdn Bhd, Datuk Steve Ng dan Pengarah Plaza Merdeka, Tan Sri Wilson Baya Dandot.

Sempena dengan Memori Krismas, para pengunjung dan pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik menerusi beberapa siri acara dan aktiviti Krismas yang disediakan.

Antaranya Peraduan Membuat Pokok Krismas, Penampilan Santa; Parti Hari Natal, Persembahan Krismas dan Nyanyian Karol dan banyak lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan