Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Kastam Sarawak, Dr Ahmad Taufik Sulaiman ketika mengadakan sidang media hari ini. Foto: TVS

Kastam Sarawak rampas sisa logam bernilai RM2 juta

KUCHING, 22 Nov: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas  sisa logam seberat 158,284 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta dalam satu pemeriksaan yang dilakukan di Pelabuhan Senari di sini, pada 12 Oktober lalu.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata, modus operandi yang digunakan ialah membuat pengikraran palsu serta perakuan tidak benar bagi mengelak daripada membayar cukai.

“Pemeriksaan dilakukan terhadap enam buah kontena yang diikrar sebagai ‘copper flakes’ dan ‘aluminium flakes’ bagi tujuan eksport ke luar negara.

“Pemeriksaan awal mendapati barang yang diikrar tidak sama seperti dalam dokumen kastam yang diikrar oleh syarikat, semua kontena tersebut telah ditahan bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya ketika mengadakan sidang media di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jalan Gedung, Tanah Puteh di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, jumlah cukai yang terlibat melebihi RM200,000, kesemua muatan sisa logam merupakan barang larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017 dan pengeksportan hendaklah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Sehubungan itu, agen penghantaran dan pemilik syarikat pengeksport barangan tersebut telah ditahan manakala barang kes dirampas untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali, ” tegasnya.

Beliau turut meminta  orang ramai membantu pihak Kastam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan