Kastam Sarawak rampas sisa logam bernilai RM2 juta #bm, Berita Sarawak November 22, 2022 11:53 AM KUCHING, 22 Nov: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas sisa logam seberat 158,284 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta dalam satu pemeriksaan yang dilakukan di Pelabuhan Senari di sini, pada 12 Oktober lalu.