Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Perhubungan Negeri Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali - Foto TVS
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Perhubungan Negeri Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali - Foto: TVS

DUN Sarawak: RUU larang wakil rakyat lompat parti diluluskan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 22 Nov: Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) (No.2) 2022 yang bertujuan melarang wakil rakyat daripada melompat parti diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, ketika memperkenalkan Rang Undang-undang itu bahawa Perlembagaan Negeri perlu dipinda selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 pada 28 Julai tahun lalu.

Beliau menjelaskan bahawa Rang Undang-undang Persekutuan telah meminda Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan ‘peruntukan penting’ yang mesti dipatuhi dengan ketat oleh semua undang-undang bertulis termasuk Perlembagaan Sarawak.

“Memandangkan pindaan itu adalah dalam ‘peruntukan penting’ di bawah Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, adalah perlu bagi Perlembagaan Negeri mempunyai peruntukan yang serupa atau yang mempunyai kesan yang sama dan tidak bercanggah dengan peruntukan penting seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 71(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sharifah Hasidah berkata, pindaan RUU itu adalah langkah progresif dan proaktif kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam mengamalkan serta mewujudkan Kerajaan Negeri yang stabil .

Pindaan itu antara lain menambah Perkara 16B dan membuang klausa (6) dan (7) dalam Perkara 17 yang sedia ada dalam Perlembagaan Negeri Sarawak.

Tambahnya lagi, usaha itu bukan sahaja untuk menghargai dan menghormati mandat rakyat melalui sistem demokrasi, malah mampu mengekalkan integriti politik dalam pentadbiran negeri.

“Pindaan RUU ini sememangnya patut dikuatkuasakan terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi memastikan mandat rakyat yang telah diberikan sentiasa dijaga, termasuk integriti kita sebagai wakil rakyat.

“Pelaksanaan RUU ini akan dapat memastikan kestabilan politik serta dapat mengelakkan krisis politik yang tiada berkesudahan daripada berlaku, selain itu penggubalan RUU ini adalah mesej yang jelas kepada semua wakil rakyat yang mendapat mandat rakyat supaya berpegang teguh kepada prinsip parti yang diwakili disamping melindungi kepercayaan tinggi yang telah diberikan oleh rakyat ketika proses pilihan raya,” jelasnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan