Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) menghadiri perjumpaan membabitkan pimpinan parti itu hari ini.Foto Bernama.

Biarlah PN dan PH bergabung – Tok Mat

ByIqmal Firdaus

KUCHING, 21 Nov: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mencadangkan supaya Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung membentuk Kerajaan Persekutuan.

Mohamad Hassan berkata, ini kerana kedua – dua gabungan politik itu mendapat kerusi yang lebih tinggi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu lepas.

Ujar beliau, BN bersedia untuk menjadi pembangkang yang bertanggungjawab termasuk semak dan imbang kepada kerajaan baharu kelak.

“BN menerima keputusan penolakan rakyat (pada PRU-15), maka kami tidak mempunyai kuasa untuk menubuhkan kerajaan.

“Namun jika bantuan diperlukan dalam waktu peralihan pasca PRU ini, BN tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka,”katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam ini.
 
Kemelut pembentukan kerajaan baharu dihadapi negara memasuki hari kedua selepas PRU-15 apabila tiada gabungan yang mencapai kata sepakat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.
 
Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa beliau memiliki sokongan mencukupi untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10.
 
Hari ini, BN menjelaskan mereka tidak pernah terlibat dalam perbincangan untuk menubuhkan kerajaan bersama BN.
 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN hari ini turut mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang berkisar ke arah pembentukan kerajaan baharu seperti diakui Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Sementara itu, Mohamad yang menang kerusi Parlimen Rembau pada Sabtu lepas berkata, BN tidak wajar dipersalahkan sekiranya pembentukan kerajaan masih tergendala.
 
“Tolong jangan salahkan kami. Ini hasil daripada proses yang demokratik untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan