PUTRAJAYA, 19 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Ahmad Johnie Zawawi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen dengan majoriti 14,662 undi.
Ahmad Johnie menewaskan wakil Pakatan Harapan (PH), Hud Andri yang meraih 1,162 undi.
Pada PRU-14, beliau menang kerusi berkenaan dengan majoriti 8,495 undi juga dengan menewaskan lawan yang sama.
Hud juga hilang deposit apabila gagal meraih sekurang- kurangnya 12.5 peratus undi keseluruhan. -TVS