Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Hee Kan, 80 ketika hadir membuang undi di SJK (C) Hock Lam. Foto: Febbright James (TVS)

PRU-15: Memandu tujuh jam untuk mengundi di Kapit

KAPIT, 19 Nov: Biarpun bertongkat, warga emas, Tan Hee Kan kelihatan ceria hadir untuk membuang undi di SJK(C) Hock Lam, di sini.

Hadir bersama anak dan cucunya, Hee kan, 80, ditemui TVS mengukir senyuman ketika ditanya mengenai perasaannya selepas menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, hari ini.

“Sudah semestinya seronok sebab saya dapat menjalankan tanggungjawab. Saya hadir bersama dengan anak dan cucu saya yang juga merupakan pertama kali mengundi,” ujarnya yang menetap di Kapit sejak tujuh generasi lalu.

Kemeriahan pusat mengundi SJK (C) Hock Lam turut diserikan dengan kehadiran sebuah keluarga yang sanggup menempuh perjalanan darat selama pemanduan tujuh jam demi membuang undi di sini.

Menurut David KM Tan, dirinya memandu pacuan empat roda dari Kuching ke Kapit bersama ahli keluarga yang lain.

“Saya bersama keluarga menempuh perjalanan sekitar tujuh jam iaitu dari Kuching ke Kapit untuk balik mengundi. Selepas mengundi ini kami akan balik semula ke Kuching,” jelasnya.

Lain pula kisahnya dengan seorang pengundi muda iaitu Dallond Elliot,21,  yang mengakui dirinya gementar kerana ini merupakan pertama kali beliau mengundi.

“Sedikit gementar, namun saya percaya ini sememangnya tanggungjawab saya sebagai pengundi serta anak muda dalam menentukan pemimpin yang boleh membangunkan negara kita pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui TVS di Pusat Mengundi SK Methodist Kapit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan