Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan banjir di Kampung Long Bemang, Baram

530 orang penduduk Kampung Long Bemang terjejas banjir

BySuara Sarawak

MARUDI, 16 Nov: Seramai 530 orang penduduk dari 103 keluarga di Kampung Long Bemang, Baram di sini terjejas susulan kenaikan semula paras air sejak semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri, Ahmad Nizam Sapaie berkata, sehingga jam 7.12 pagi semalam, paras air telah naik setinggi 1.8 kaki.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Pasukan Bomba Sukarela Kampung Long Bemang pula, katanya kampung berkenaan mula dinaiki air sekitar jam 6 pagi.

“Banjir yang melanda kampung tersebut dilaporkan telah surut hingga ke paras 0.4 kaki pada petang 13 November lalu dan keadaan ini membolehkan  penduduk melakukan kerja-kerja pembersihan kediaman masing-masing.

“Bagaimanapun, hujan lebat yang turun di beberapa kawasan di bahagian hulu sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan ia dilanda banjir semula sejak awal pagi semalam.

Justeru katanya, penduduk dinasihatkan supaya terus berjaga-jaga berikutan paras air banjir masih menunjukkan trend menaik meskipun keadaan cuaca dilaporkan cerah di kawasan tersebut pagi ini.

Tambah beliau lagi, tiada sebarang pemindahan penduduk dilakukan setakat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan