Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nadhar Idruze (kiri) dan Akeem Hidayat mara ke peringkat separuh akhir Getaran Jiwa episod keempat. Foto: Muqri Aziz (TVS).

Getaran Jiwa: Nadhar Idruze dan Akeem Hidayat mara ke peringkat separuh akhir, juri ‘pening kepala’

ByMuqri Aziz

KUCHING, 11 Nov: Dua lagi peserta, Nadhar Idruze dan Akeem Hidayat mara ke peringkat separuh akhir program Getaran Jiwa minggu pada konsert minggu keempat yang bersiaran secara langsung dari Stadium MBKS, Bintawa pada Jumaat malam.

“Nadhar meraih kutipan 60 markah manakala Akeem pula mendapat 51 markah,” ujar Aizal Ibrahim, Pengurus Saluran TVS di program tersebut.

Sementara itu, enam peserta yang tidak berjaya ialah M. Zain (50 markah), Soul (44 markah), Myaherry (43 markah), Sherry D. (41 markah), Zamirul (41 markah), dan Hajijah (34 markah).

Dihoskan oleh Aisha Retno dan Jiggy, program terbitan TVS dengan sokongan Kerajaan Sarawak ini bersiaran langsung selama 1 jam 30 minit bermula 8.45 malam. Sebelum itu, pada jam 7.30 malam, kapsul Debaran Jiwa turut disiarkan menampilkan barisan personaliti TVS, Fattahbolh dan Siti Zawawi.

Persembahan setiap peserta dinilai melalui sistem pemarkahan yang terbahagi kepada 70% oleh barisan juri profesional dan 30% oleh juri awam yang mengundi di atas talian menggunakan ‘Meter Jiwa’. Persembahan peserta minggu ini dinilai oleh Dato Nash selaku Ketua Juri serta Norafizah Busman sebagai Juri Tetap dan Liza Hanim selaku juri jemputan.

Diinspirasikan oleh karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma, program 8 episod ini menampilkan lapan (8) peserta berbeza untuk episod 1 hingga 5.

Secara keseluruhannya, 40 peserta yang terpilih melalui pencarian bakat seluruh negara akan bertanding dalam program ini. Getaran Jiwa menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM60,000

Selain daripada siaran langsung di saluran 122 Astro dan MYTV, orang awam berusia 12 tahun ke atas juga boleh menonton konsert mingguan Getaran Jiwa LIVE di Stadium MBKS Bintawa. Masuk adalah percuma. Mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan bit.ly/GETARANJIWA.

Ikuti laman media sosial Getaran Jiwa (https://linktr.ee/getaranjiwa) untuk maklumat lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan