Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri selepas Taklimat Pembangunan Medan Niaga Kampung Buntal di sini hari ini. Foto: Team Media Nancy Shukri.

Medan Niaga Esplanade Kampung Buntal dijangka siap 2025

ByAmirah Shawel

KUCHING, 8 Nov: Fasa pertama dan kedua Medan Niaga Esplanade Kampung Buntal yang dijangka siap menjelang 2025 akan menjadi satu lagi produk pelancongan di kawasan Parlimen Santubong hasil inisiatif Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, sudah tiba masanya untuk menaik taraf prasarana-prasarana perkampungan nelayan yang menjadi tumpuan utama pelancong ini.

“Kita berharap esplanade ini boleh dilaksanakan secepat mungkin kerana ia akan membantu orang kampung menjana pendapatan seterusnya meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.,” katanya kepada media selepas Taklimat Pembangunan Medan Niaga Kampung Buntal di sini, hari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Mengulas lanjut, katanya, beberapa prasarana telah pun siap dibina seperti surau dan tempat letak kereta.

Antara infrastruktur lain yang akan dibina adalah seperti medan niaga untuk pasar basah dan kering, taman mini, padang bola keranjang dan bola tampar serta medan ikan bakar.

Tinjauan TVS mendapati rata-rata penduduk Kampung Buntal menanti dengan penuh teruja pembangunan yang bakal dilaksanakan di kawasan tersebut.

Salbiaa Saini, 33, berkata, pembinaan produk pelancongan berkenaan akan merangsang kehadiran lebih ramai pengunjung ke Kampung Buntal dan menjadi satu tarikan baharu.

“Tentu sahaja orang akan datang. Dengan medan niaga ini juga kita telah menerima ramai pelancong dan sekiranya ada tempat letak kereta lebih ramai yang akan ke kampung ini,” katanya.

Pendapat serupa diluahkan oleh Nor Hasda Mahli yang telah berniaga selama 20 tahun kerana melihat pembangunan yang akan dilaksanakan adalah untuk meningkatkan ekonomi penduduk di kampung tersebut.

Katanya, mereka menerima pembangunan yang dirancang dengan hati terbuka demi kebaikan penduduk di kawasan tersebut.

Untuk rekod projek pembangunan Medan Niaga Esplanade Kampung Buntal bernilai RM35 juta telah mendapat kelulusan Prenier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 21 September yang lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan