Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘I-Direct’ by Raya Khas bantu pelanggan mendapatkan kereta idaman

ByNazirah Adlina

KUCHING, 8 Nov: Perkhidmatan pesanan tersuai (custom order) pembelian kereta terpakai atau recon melalui ‘I-Direct’ by Raya Khas yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan memberansangkan.

Penyelaras Raya Khas Sdn Bhd, Roy Md Johnny berkata, perkhidmatan seumpama itu merupakan yang pertama dan tunggal di Sarawak.

Antara faktor pemilihan pelanggan adalah sistem pembeliannya yang telus serta meyakinkan terutamanya tidak menggunakan pihak ketiga.

Namun, tarikan utama I-Direct by raya khas menurut Johnny menerusi penawaran perkhidmatan alternatif yang mengikut citarasa pelanggan.

Beliau berkata, Raya Khas membantu pelanggan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dari segi ketiadaan stok, masa menunggu terlalu lama dan juga menawarkan satu alternatif yang lain selain menyediakan stok yang tersedia di bilik pameran.

“Kami juga boleh ‘custom order’ mengikut apa yang dikehendaki oleh pelanggan kami,” kata Johnny.

Bagi pelanggan selain memudahkan urusan bermula daripada permohonan hingga selesai mendapat kereta idaman, I-Direct by Raya Khas, juga berjaya merealisasikan impian pelanggan untuk menggembirakan insan tersayang.

Sementara bagi salah seorang pelanggan Raya Khas, Kueh Chow Pin berkata dirinya memilih ‘I-Direct’ kerana boleh mendapatkan kereta idamannya dalam harga yang berpatutan serta boleh dipercayai.

“Memang selamat. Mereka tidak memberikan perkhidmatan yang sembarangan dan tiada bayaran lain. Jadi saya berpuas hati,” kata Chow Pin.

Pendapat serupa diakui Abdul Hadi Bokhari yang juga seorang pelanggan Raya Khas, katanya program tersebut membantu beliau dan isterinya membuat beberapa pilihan kenderaan yang menepati ciri-ciri kereta idaman mereka.

Turut berkongsi keterujaan sebagai pelanggan Raya Khas, sepasang suami isteri, Kasrul Pulai dan  Steffi Mit Angie menyatakan Raya Khas berjaya membantu mereka mendapatkan kereta idaman mereka walaupun sukar didapati di pasaran tempatan dan kualitinya terjamin.

“Apabila kereta yang di import tersebut datang, kami berasa sangat berpuas hati kerana ia sama seperti dalam gambar yang diberikan oleh pihak Raya Khas, malah keadaan kereta tersebut lebih baik dari yang dijangka,” jelas Kasrul.

Raya Khas Sdn Bhd merupakan pemegang lesen sah serta pengimport langsung bagi kereta dan motosikal import terpakai.

Sejak dilancarkan, sambutan program I-Direct by Raya Khas sangat memberansangkan dan seramai lebih 20 orang pelanggan telah menyertai program I-Direct by Raya Khas .

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Raya Khas dan layari laman sosial rasmi tertera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan