Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Douglas Embas merupakan antara tetamu yang hadir pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kelima DBOS. Foto TVS.

Jumlah aset Bank Pembangunan Sarawak cecah RM9.47 bilion

ByAmirah Shawel

KUCHING, 29 Okt : Jumlah aset milik Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) mencecah RM9.47 bilion dengan pendapatan terdahulu sebanyak RM130.48 juta setakat Oktober 2022.

Pengerusinya, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, dalam tempoh lima tahun sejak penubuhan, jumlah pinjaman yang telah diluluskan untuk projek strategik negeri adalah sebanyak RM15.27 bilion.

“Bagi akaun deposit pula, DBOS mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kelima DBOS di sini malam ini.

Yang turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sementara itu, Mohamad Morshidi turut berkongsi perancangan bank berkenaan untuk mengorak langkah dalam perniagaan perbankan patuh syariah.

“Selaras dengan PCDS 2030, DBOS juga akan mengenal pasti peluang dalam kewangan hijau dan mengamalkan objektif berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam perniagaan.

“DBOS mungkin akan bekerjasama dengan institusi kewangan lain untuk memajukan Sarawak.

“Kami juga akan memanfaatkan aplikasi pendigitalan untuk mewujudkan sistem perbankan pintar, operasi dan penyampaian perkhidmatan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan