Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak sedia teroka tenaga angin

ByDayu Adruce

KUCHING, 25 Okt: Sejajar dengan matlamat memperkasa Agenda Tenaga Hijau Sarawak, Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Sarawak sedia meneroka tenaga berasaskan angin.

“Kita menyaksikan pertumbuhan progresif dalam industri tenaga berasaskan angin bermula dengan inovasi teknikal yang merangkumi kemajuan dan kecanggihan instrumen dan bahan untuk mengubah angin kepada elektrik,” ujarnya.

Beliau mengumumkan perkara ini ketika berucap pada Sidang Kemuncak Tenaga Singapura sempena Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura di Marina Bay, Singapura hari ini. Teks ucapannya diedar oleh Pejabat Premier Sarawak kepada media.

Bagi mencapai matlamat agenda tenaga hijau tersebut, kerajaan sarawak kini sedang membangunkan Rangka Tindakan Sarawak Lestari bagi menangani kebimbangan berkaitan pemuliharaan biodiversiti, pengurusan sumber asli, mitigasi perubahan iklim dan penciptaan persekitaran seiring dengan Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia.

“Kami telah membangunkan Pelan Induk Bandar Pintar Kuching yang mempertimbangkan mobiliti rendah karbon dan infrastruktur bandar pintar di ibu negeri Sarawak,” katanya.

Jelas Abang Johari lagi, kerajaan Sarawak turut mempunyai rancangan untuk membangunkan pelan induk bandar pintar yang serupa di kawasan bandar di Sarawak bagi mengimbangi kelestarian alam sekitar dan pembandaran.

Dalam pada itu, menjelang 2030, Sarawak merancang untuk mencapai tiga sasaran iaitu mengekalkan sekurang-kurangnya 60 peratus campuran kapasiti tenaga boleh diperbaharui, mengurangkan pelepasan karbon dioksida 600,000 tan setahun serta mencapai lebih daripada 15 peratus pendapatan daripada pasaran asing, termasuk meneroka peluang eksport tenaga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan