Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Ahmad Maslan menunjukkan kenyataan media selepas hadir Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di sini malam ini. Foto Firdaus Ismail (TVS)

PRU-15 sesuai sebelum pertengahan Nov

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 10 Okt : UMNO berpandangan hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) ‘sesuai’ diadakan sebelum pertengahan November ini, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Baca artikel berkaitan: 

  1. 1. TERKINI : Parlimen dibubarkan hari ini – Ismail Sabri
  2. 2. GPS bersedia hadapi PRU-15, kata Fadillah Yusof
  3. 3. Tertakluk kepada SPR tetapkan tarikh PRU-15, kata Ismail Sabri
  4. 4. PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
  5. 5. Agong tiada pilihan selain perkenan bubar Parlimen – Istana Negara
  6. 6. SPR akan adakan mesyuarat khas tentukan tarikh PRU15
  7. 7. GPS tidak terkesan dengan pengumuman PRU-15, kata Abdul Karim
  8. 8. Pertambahan jumlah pengundi baharu satu cabaran buat GPS
  9. 9. PRU perlu diadakan segera untuk pilih kerajaan stabil – Fadillah

Beliau yang juga Setiausaha Agung parti itu berkata, keputusan itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti yang berlangsung malam ini.

“Tarikh itu sebelum menjelangnya musim banjir atau musim tengkujuh,”katanya ketika membaca kenyataan media selepas mesyuarat selama lebih dua jam di Menara Dato Onn di sini.

Yang turut hadir, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Naib Presiden UMNO turut kelihatan.

Mesyuarat berkenaan berlangsung susulan pengumuman pembubaran Parlimen petang tadi oleh Ismail Sabri setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu Ahmad berkata, UMNO menghormati titah Seri Paduka supaya negara tidak boleh dibiarkan dalam keadaan politik tidak menentu bahkan perlu mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Ini bagi membolehkan mereka memilih sebuah kerajaan yang menjamin kemakmuran negara,” katanya.

Mengenai pembubaran Parlimen hari ini, Ahmad berkata, UMNO berpendapat keputusan itu merupakan jalan terbaik memandangkan wakil parti – parti yang membentuk kerajaan campuran sebelum ini semakin jelas tidak memperlihatkan solidariti kepada Perdana Menteri dalam mentadbir negara.

“Malah mengisytiharkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai musuh utama (yang) menzahirkan tiadanya kepercayaan dan rasa hormat kepada UMNO yang menerajui kerajaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan