Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Dato' Sri Nancy Syukri dan Awla Dris berarak pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Gedong, hari ini.

Majlis Daerah Gedong ditubuhkan, perkasa pembangunan Gedong

GEDONG, 10 Okt : Rancangan dan pelaksanaan pembangunan di kawasan Gedong akan diperkasakan lagi dengan kewujudan Majlis Daerah Gedong yang diluluskan penubuhannya oleh kabinet negeri Sarawak pada tiga minggu lepas.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengumumkan berita gembira itu berkata ia sejajar dengan langkah kerajaan menaik taraf Gedong sebagai Daerah penuh pada Disember 2021.

“Kita akan mula membangunkan kawasan baru di Gedong ini iaitu di Seberang Sungai dan ia akan terus menjurus ke Ulu Gedong terus ke Simunjan, Kota Samarahan, Sebuyau, Lingga dan kawasan pesisirannya.

“Ini adalah pendekatan kita kerana berteraskan kepada membawa rahmat kepada daerah-daerah ini. Yang penting ialah perpaduan dalam kalangan kita,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Gedong di Dewan Datuk Patinggi Ali di sini, hari ini.

Penubuhan majlis daerah Gedong diluluskan

Sementara itu, Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong menyertai perarakan Maulidur Rasul bermula dari Rumah Rehat Sri Gedong  ke Dewan Datuk Patinggi Ali.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Nancy Shukri, ADUN Simunjan Awla Dris dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Gedong 2022 Datuk Mohd Naroden Majais. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan