KUCHING, 10 Okt : Penganalisis politik meramalkan hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mungkin akan ditetapkan sebelum 15 November depan.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, ini bagi mengelak musim tengkujuh.
“Beberapa negeri dijangka akan terjejas akibat banjir, jadi tarikh itu dilihat mungkin wajar,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan politik negara susulan pembubaran Parlimen hari ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sebelum ini parti pembangkang mendesak supaya PRU-15 ditangguhkan pada musim tengkujuh kerana dibimbangi akan menyusahkan orang ramai dan meningkatkan perbelanjaan agensi kerajaan. -TVSÂ



