Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Insentif Skim Pembiayaan Maritim dan Logistik bernilai RM1 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2023, disifatkan sebagai langkah awal terbaik bagi meningkatkan pertumbuhan industri maritim negara yang memerlukan banyak sokongan. Foto: TVS

Dana maritim RM1 bilion langkah awal, banyak diperlukan untuk capai perkapalan hijau – MASA

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Insentif Skim Pembiayaan Maritim dan Logistik bernilai RM1 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2023, disifatkan sebagai langkah awal terbaik bagi meningkatkan pertumbuhan industri maritim negara yang memerlukan banyak sokongan.

Bagaimanapun, Persatuan Pemilik-Pemilik Kapal Malaysia (MASA) menegaskan masih banyak usaha yang perlu dilakukan bagi mempercepat peralihan industri tersebut kepada perkapalan hijau.

“Kami gembira kerana kerajaan masih terus memberi peruntukan ke atas industri maritim ini.

“Namun, kami melihatnya sebagai masih belum memadai kerana industri ini memerlukan banyak dana untuk memulakan perjalanan ke arah perkapalan hijau sepertimana harapan Pertubuhan Maritim Antarabangsa,” kata Pengerusi MASA, Mohamed Safwan Othman kepada Bernama.

Malah, beliau turut menekankan kepentingan sokongan terhadap perkapalan hijau yang menyamai tumpuan Malaysia ke atas pembangunan mampan dan teknologi hijau yang mendapat peruntukan besar dalam Bajet 2023.

Ketika membentangkan Bajet 2023 pada Jumaat, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan komitmen kerajaan terhadap teknologi hijau.

Ini termasuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau yang ditingkatkan nilai jaminannya kepada RM3 bilion sehingga 2025 selain memperluas skop pembiayaan dengan meliputi  sektor kenderaan elektrik menerusi had jaminan 60 peratus.

“Pengagihan dana (maritim dan logistik) amat penting kerana sebahagian besar peserta daripada penggiat industri ini masih belum jelas mengenai mekanisme serta kadar penggunaan dana tersebut,” katanya.

Menurutnya, ini juga berikutan nilai dana tersebut telah dikurangkan kepada RM1 bilion (2021-2023) daripada peruntukan RM1.5 bilion bagi tempoh 2018-2020.

Menurut Tengku Zafrul, dana yang bertujuan mempergiat semula serta memulihkan industri perkapalan, turut diperluas kepada industri sokongan bagi sektor minyak dan gas serta sektor pembinaan dan pembaikan kapal.

Pada November 2020, Bajet 2021 telah melanjutkan Skim Pembangunan Maritim dan Logistik, Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan, Skim Infrastruktur Pelancongan dan Dana Pengangkutan Awam sehingga 31 Dis, 2023 dengan saiz dana RM3.7 bilion.

Sebelum itu pada 2019, kerajaan bertindak melancarkan semula Dana Maritim (MF 2.0) bernilai RM1.5 bilion menerusi Bank Pembangunan Malaysia Bhd yang bertujuan menyuntik pemodenan sektor maritim negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan