Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Jamuan Negeri yang diadakan sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud disambut meriah. Foto Awang Azmel (TVS).

Majlis Jamuan Negeri sempena hari ulang tahun Tun Taib meriah

BySalasiah Safian

MIRI, 9 Okt : Majlis Jamuan Negeri yang diadakan sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berlangsung meriah.

Kira-kira 300 orang tetamu hadir pada majlis berkenaan yang diadakan malam tadi.

Majlis dimulakan dengan tayangan video pendek dan kemudian Tun Abdul Taib menyempurnakan simbolik pemotongan kek hari jadi.

Majlis diserikan lagi dengan pelbagai persembahan nyanyian oleh artis dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), JKNN Sarawak dan kumpulan muzikal Kombo D’Aspirasi RTM.

Kemuncak program pula turut diadakan tayangan dokumentari khas bertajuk Father of Unity yang memaparkan perjalanan dan perjuangan Tun Abdul Taib dalam menyatukan rakyat tempatan tanpa mengira bangsa dan agama sehingga membentuk jati diri anak Sarawak yang bersatu hati, bertoleransi serta hidup dalam suasana penuh harmoni.

Majlis diserikan dengan kehadiran Tun Abdul Taib serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, tiga Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian bersama pasangan masing – masing.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri-Menteri, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam turut hadir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan