Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, peruntukkan bajet ini untuk meningkatkan fasiliti. Foto: TVS

Bajet 2023 diharap beri perhatian tingkatkan kemudahan kesihatan Sarawak – Dr. Sim

KUCHING, 1 Okt : Sarawak berharap agar Bajet 2023 yang akan dibentangkan turut memberi tumpuan untuk meningkatkan kemudahan sektor kesihatan di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, menerusi peruntukan itu kelak, antara perkara yang boleh dilakukan ialah menaik taraf peralatan kesihatan yang sudah uzur dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Katanya, Sarawak tidak boleh ketinggalan dalam aspek teknologi termasuk dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

“Selain itu, pembangunan klinik kesihatan untuk penduduk di kawasan luar bandar juga perlu diberi perhatian,”katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Hari Jantung Sedunia 2022 peringkat negeri Sarawak di Universiti Teknologi Swinburne, di sini hari ini.

Ujar Dr. Sim, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang melawat Sarawak baru – baru ini.

Kata beliau, Khairy turut menyedari tentang masalahh fasiliti kesihatan di Sarawak yang daif termasuklah sebuah kuaters yang dibina pada 1960-an dan tidak pernah dinaik taraf.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang sanggup bekerja di  luar bandar walaupun dalam serba kekurangan.

“Saya harap dengan bajet yang diumumkan kelak, kita (Sarawak) juga ingin mengingatkan mereka bahawa banyak klinik kesihatan dan hospital daif yang perlu dinaik taraf di sini,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan