KUCHING, 9 Sept : Krisis tunggakan gaji yang membelenggu skuad Sarawak United FC selesai apabila kelab berkenaan mengesahkan telah membuat bayaran hari ini.
Presidennya, Dato Posa Majais berkata, tunggakan gaji pegawai dan pemain dilunaskan dengan jayanya.
“Selamat maju jaya kepada pasukan SUFC. Terima kasih,” katanya menerusi kenyataan ringkas di Facebook persatuan itu hari ini.
Baca lagi > > > RM100,000 disalurkan bantu pemain, pegawai Sarawak United FC
Baca lagi > > > Karim kecewa isu gaji pemain Sarawak United FC tidak dibayar
Sebelum ini, Sarawak United mengesahkan tidak membayar gaji kepada pegawai dan pemainnya selama empat bulan.
Posa berkata, pihaknya telah memberi bayaran pendahuluan kepada pemain mengikut kadar gaji masing – masing untuk membantu mereka yang terkesan.
Malam ini Sarawak United meneruskan aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan FC di Paroi. – TVS


