Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ratu Elizabeth II, raja paling lama memerintah Britain, meninggal dunia pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada 8 September.

Malaysia rakam takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Sept : Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga diraja Britain, rakyat dan kerajaan United Kingdom (UK) atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

“Baginda ialah tokoh ulung dan sangat berdedikasi sepanjang pemerintahan baginda kepada rakyat UK dan Komanwel,” katanya dalam hantarannya di Facebook.

Baca artikel berkaitan > > > Ratu Elizabeth II mangkat

Ratu Elizabeth II, raja paling lama berada atas takhta itu mangkat pada usia 96 tahun.

“Ratu mangkat di Balmoral petang ini. Jasad baginda akan dibawa ke London esok,” umum Istana Buckingham pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Baginda mempunyai masalah kesihatan sejak 12 bulan lalu atas faktor usia dan terpaksa membatalkan untuk menghadiri acara rasmi atas nasihat doktor.

Kali terakhir baginda menghadiri acara rasmi ialah semasa sambutan Jubli Platinum pemerintahan baginda ke-70 Jun lalu.

Terdahulu pada tengah hari Khamis satu kenyataan dikeluarkan yang menyatakan Ratu Elizabeth II berada di bawah “penyeliaan perubatan” di Balmoral, Aberdeenshire, Scotland. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan