Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cadangan guna logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza, merupakan salah satu daripada defisit sosial yang dikenal pasti mampu menjejaskan perpaduan, kata Datuk Aaron Ago Dagang. Foto:Bernama.

Hari Malaysia : Persembahan konsep muzikal imbau kembali nostalgia era 60-an

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Sept : Pengunjung sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan pada 16 Sept ini berpeluang mengimbau kembali nostalgia era 60-an menerusi persembahan berkonsep muzikal di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di Melaka.

Pengarah Bahagian Pengembangan Seni Budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Rosnan Nordin berkata persembahan berkonsep muzikal berkaitan Semenanjung, Sabah dan Sarawak itu juga dipilih bagi mendidik orang ramai mengenai peristiwa bersejarah di lokasi tersebut.

“Penonton dan tetamu akan berpakaian busana era 60-an dan etnik, kita hendak (orang ramai) merasai zaman itu. Persembahan kita juga bertepatan dan bersesuaian dengan pakaian penonton.

“Sebagai contoh, dalam persembahan pembukaan kita ada empat segmen antaranya ‘Kebangkitan Pahlawan’ ialah untuk mengetengahkan pahlawan bukan sahaja dari Semenanjung tetapi juga Sabah dan Sarawak,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Beliau berkata kisah pejuang kemerdekaan termasuk Mat Kilau, Datuk Bahaman, Antanom, Mat Salleh, Rentap dan Rosli Dhobi akan diangkat menerusi segmen itu selain menampilkan penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah yang akan mendendangkan lagu ‘Mentera Semerah Padi’ serta mengenakan busana pahlawan Melayu.

Menerusi persembahan berkonsep muzikal ini, Rosnan berkata masyarakat boleh menghayati sejarah penubuhan tanah air dengan lebih mendalam seterusnya menerapkan patriotisme dan mengukuhkan jati diri.

Melaka merupakan negeri pertama di Semenanjung yang dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia selain Sarawak dan Sabah.

Kira-kira 20,000 pengunjung dijangka memeriahkan sambutan itu selain pelbagai aktiviti serta program kesenian dan kebudayaan akan turut diadakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan