Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat orang maut manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembak-menembak di bandar Memphis, Tennessee, diĀ Amerika Syarikat (AS). Photo: Reuters.

Empat maut dalam kejadian tembak-menembak di Memphis, suspek ditahan

ByBernama

WASHINGTON, 9 Sept : Empat maut manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembak-menembak di bandar Memphis, Tennessee, di Amerika Syarikat (AS).

Suspek berjaya ditahan, kata polis bandar itu pada Khamis, lapor Sputnik.

Pada Rabu, polis melaporkan insiden tembak-menembakĀ berlaku di tujuh lokasi berbeza di Memphis, dalam tempoh beberapa jam.

Suspek dikenali sebagai Ezekiel Kelly, 19, ditahan selepas mencuri sebuah kereta di Southaven selatan Memphis.

Dia sebelum ini pernah disabitkan dengan cubaan membunuh tahap pertama pada 2020 dan menjalani hukuman penjara selama kira-kira setahun.

Menurut jurucakap polis Karen Rudolph, suspek ditahan kira-kira 9 malam waktu tempatan (02:00 GMT) di kejiranan Memphis di Whitehaven. – TVS

Tags: AS, Memphis, Tembak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan