Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Senator Datuk Ras Adiba Radzi dilantik sebagai Duta Kehormat bagi Pusat Serantau Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara dalam bidang Pendidikan Khas (SEAMEO SEN). Foto: BERNAMA

Ras Adiba dilantik Duta Kehormat Seameo Sen

ByBernama

MELAKA, 7 Sept:  Senator Datuk Ras Adiba Radzi dilantik sebagai Duta Kehormat bagi Pusat Serantau Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara dalam bidang Pendidikan Khas (SEAMEO SEN).

Pengiktirafan itu diberikan pada Mesyuarat Lembaga Pengelola SEAMEO SEN ke-10 hari ini, yang menyediakan pembangunan pendidikan untuk pihak yang bergiat secara langsung dalam pendidikan khas di rantau Asia Tenggara.

Ras Adiba, yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, berkata pelantikan itu adalah satu penghormatan kepada beliau dan komuniti orang kurang upaya di negara ini.

“Saya sebenarnya begitu terharu dan tidak sangka dengan pelantikan ini. Ia satu penghormatan yang besar buat diri saya. Saya harap dengan pelantikan ini, negara kita dapat bersama-sama dengan negara Asia Tenggara yang lain bersatu memastikan tiada diskriminasi terhadap kanak-kanak berkeperluan khas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Meraikan SEAMEO SEN di sini semalam, yang turut dihadiri Pengarah SEAMEO SEN Malaysia Dr Hanani Harun Rasit dan Pengarah Sekretariat SEAMEO Dr Erthel Agnes Pascua-Valenzuela.

Ras Adiba juga berkata antara yang diperjuang oleh beliau bersama SEAMEO SEN termasuk aspek pembelajaran sekolah dengan ibu bapa dan guru dapat diberikan sokongan sepenuhnya.

“Kita sudah di tahun 2022 dan seharusnya bergerak ke hadapan untuk memastikan kualiti pembelajaran anak-anak istimewa ini berada di tahap yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata pelantikan itu juga akan memberi peluang yang lebih besar kepadanya untuk memahami keperluan kanak-kanak berkeperluan khas terutama dalam pendidikan.

“Saya sendiri mempunyai anak autisme dan masih banyak yang perlu saya pelajari untuk memahami dan menyokong dia termasuklah rakan-rakannya yang lain.

“Tentu sekali ia sesuatu yang sedikit sensitif buat diri saya kerana saya masih cuba untuk belajar  memahaminya kerana dia berada di dalam dunia yang berbeza dengan kita dari segi pemikiran, kemahuan dan kehendak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan