Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir pada Majlis Kenduri Rakyat di Kampung Bako Hilir,di sini hari ini. Foto TVS.

Pembentangan Belanjawan 2023 lebih awal tiada kaitan PRU-15

KUCHING, 28 Ogos : Pembentangan Belanjawan 2023 yang diawalkan tidak berkaitan dengan dakwaan kononnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan berlangsung dalam tempoh terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia bagi memberi peluang kepada Kementerian Kewangan mengagihkan peruntukan di parlimen.

Katanya, tarikh pembentangan belanjawan yang diawalkan kepada 7 Oktober itu juga telah dipersetujui pada Mesyuarat Kabinet, Rabu lepas.

“Apabila takwim asal pada 29 Oktober, ianya terlalu lewat, biasanya kalau duit lewat diluluskan, akan lewat juga sampai ke negeri-negeri dan kementerian,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat di Kampung Bako Hilir,di sini.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan mahu peruntukan yang diumumkan itu disalurkan segera kepada setiap kementerian dan negeri, maka tarikh pembentangannya juga harus dipercepatkan.

“Sekiranya terdapat perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan itu, ia akan mengambil masa sekitar 30 hari sebelum diluluskan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan