Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah menghadiri perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian di Dewan Suarah, hari ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah, menghadiri perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian di Dewan Suarah Limbang.

Belanjawan 2023 perlu utamakan juga aspek pemerkasaan ekonomi dan keperluan prasarana asas di Sarawak  

LIMBANG, 28 Ogos : Aspek pemerkasaan ekonomi dan keperluan prasarana asas rakyat di Sarawak perlu juga diberi fokus utama dalam Belanjawan 2023 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2022.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah, berkata kerajaan juga perlu memastikan Belanjawan 2023 mampu memulihkan ekonomi luar bandar, khususnya bagi para peniaga dan usahawan yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Beliau berkata, antara tumpuan utama yang perlu ada dalam bajet tersebut adalah peruntukan besar dan penyediaan aktiviti ekonomi tambahan bagi peniaga dan usahawan kecil di Sarawak, termasuk di Limbang.

“Kerajaan persekutuan perlu memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi peniaga kecil, usahawan kita yang terjejas, dalam pembentangan Bajet 2023 ini,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian di Dewan Suarah di sini semalam (Sabtu).

Ahli Parlimen Limbang itu berkata Belanjawan 2023 diharap akan menyediakan pelbagai inisiatif untuk dimanfaatkan golongan belia di negara ini.

Hasbi menambah, semua inisiatif yang disediakan ini berupaya membantu golongan belia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Sempena Hari Belia Negara ini, mesti ada juga peruntukan yang banyak khusus untuk program belia demi bagi mempersiapkan masa depan mereka untuk membina negara dan bangsa. Ini keutamaan saya,” ujarnya.

Hasbi berkata, kerajaan juga perlu memberi peruntukan besar untuk memperkasakan Pendidikan dan Latihan Vokasional dan Teknikal (TVET) di Sarawak dalam Bajet 2023 nanti, 

Mengulas mengenai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Sarawak, Hasbi berkata Sarawak mempunyai lima MRSM, termasuk dua MRSM yang sudah diluluskan di Lawas dan Bintulu.

Beliau memberitahu, kementeriannya akan meneliti keperluan untuk menambah MRSM di Sarawak, termasuk di Limbang, pada masa depan.

Turut hadir pada program tersebut adalah Naib Presiden SABERKAS Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Abdul Rauf, Pegawai Daerah Limbang, Superi Awang Said, dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Yaman Yahya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan