Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
--foto IPD Lubok Antu

IPD Lubok Antu turut rai bulan kemerdekaan

LUBOK ANTU, 12 Ogos : Warga polis IPD Lubok Antu telah melancarkan kempen kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan dan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-65.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan Victor Ripon berkata, pelancaran kempen itu sebagai melambangkan semangat patriotik dan perpaduan serta kesetiaan kepada negara.

“Kita berharap semua penduduk kawasan Lubok Antu dan Engkilili amnya untuk sama-sama mengibarkan jalur gemilang, sama ada di premis atau kediaman masing-masing bagi mencerminkan rasa cinta kepada tanah air,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini pagi semalam.

Beliau turut meluahkan kesyukuran kerana suasana menyambut bulan kemerdekaan ini akhirnya dapat dihidupkan semula berikutan negara telahpun memasuki fasa endemik.

“Pada pada tahun ini kita amat bersyukur kepada tuhan kerana kita dapat menghidupkan kembali suasana bulan kemerdekaan dalam keadaan normal,” katanya.

Beliau mengajak orang ramai khususnya masyarakat setempat untuk menanam semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan tanahair.

Pelancaran kempen yang berlangsung di Dataran Kawad IPD Lubok Antu tersebut disertai lebih kurang 80 orang termasuk seluruh kakitangan, pegawai kanan, pegawai rendah, pegawai awam serta serta keluarga mereka.

Program pelancaran itu turut disusuli dengan acara melekat Jalur Gemilang dan bendera Sarawak pada kenderaan-kenderaan awam di hadapan IPD Lubok Antu. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan