Enam sekeluarga ditahan bersama dadah bernilai RM694,412

KEPALA BATAS, 8 Ogos : Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan enam sekeluarga termasuk sepasang suami isteri warga emas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM694,412 dalam siri serbuan di Pulau Pinang, Khamis lepas.

529 perenang dari empat negara bertandang di Kuching pada 13 dan 14 Ogos ini

KUCHING, 8 Ogos: Acara renang terbesar Sarawak, ‘2nd Sarawak Short Course Sprint 2022’, akan berlangsung di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini pada 13 dan 14 Ogos.
 
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Power Aquatics Swimming Club, pertandingan tersebut bakal disertai seramai 529 perenang dari 20 pasukan Malaysia, Brunei, Indonesia dan Thailand dengan 16 daripada 20 pasukan terbabit adalah dari luar Sarawak.
 
“Pertandingan ini adalah dengan kerjasama Sarawak Sport Corporation (SSC) dan disokong oleh Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan.
 
“Acara bakal dimulakan pada 7.30 pagi setiap hari, diikuti dengan majlis penutup pada 4.30 petang pada 14 Ogos.
 
“Penutupan pertandingan tersebut bakal dilakukan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.” katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Pada 13 Ogos, jamuan makan malam alu-aluan akan diadakan sebagai penghargaan dan meraikan penyertaan mereka dalam acara itu.
 
Menurut penganjur pertandingan tersebut, Voon Yong Hui, ia mendapat sambutan yang baik kerana penyertaan mencapai sasaran jangkaan iaitu 500 peserta.
 
“Kali ini kami mempunyai lebih banyak pasukan yang datang ke Sarawak, ini merupakan peluang yang baik untuk menunjukkan kemudahan bertaraf dunia yang kami miliki. Kami juga berharap dapat mempopularkan sukan renang di Sarawak.
 
“Jelas bahawa sukan mempunyai cara untuk menyatukan orang ramai sekaligus menggalakkan pelancongan di Sarawak.” katanya. -TVS

Pelajar Indonesia ikuti peperiksaan MUET, ’tiket’ pengajian tinggi di Malaysia

JAKARTA, 8 Ogos : Education Malaysia Indonesia (EMI) melalui kolaborasi strategik bersama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), mengadakan Malaysian University English Test (MUET) bagi 43 pelajar Indonesia yang akan melanjutkan pengajian di peringkat universiti di Malaysia.

Saya bayar RM19 juta kepada orang tengah kerana diugut – Pengarah Syarikat

KUALA LUMPUR, 8 Ogos : Seorang saksi penting dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng mengakui di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa antara sebab beliau membayar RM19 juta kepada orang tengah bernama G. Gnanaraja adalah kerana diugut akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) berhubung penglibatannya dalam projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang kontroversi.

JV Korea Selatan OCIKUMHO keluarkan ECH di Sarawak, pertama di Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Ogos : OCIKUMHO Sdn Bhd, usaha sama antara OCIM Sdn Bhd dan Kumho P&B Chemical Inc yang berpangkalan di Korea Selatan, akan mengeluarkan bahan epiklorohidrin (ECH) di Taman Perindustrian Samalaju di Sarawak yang juga projek ECH pertama di Malaysia.

Mesyuarat berkaitan siasatan gangguan bekalan elektrik mula diadakan

PUTRAJAYA, 8 Ogos : Beberapa siri perbincangan dan mesyuarat telah diadakan berhubung siasatan kejadian gangguan bekalan elektrik di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada 27 Julai lepas, kata Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB) Wan Nazmy Wan Mahmood.

Mahkamah tolak permohonan Ahmad Zahid untuk injunksi interim terhadap Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 8 Ogos : Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan perintah injunksi interim bagi menghalang Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan bekas timbalan perdana menteri itu meminta bantuan untuk menyelesaikan atau menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya.