KUCHING, 31 Julai : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia dan Agensi Angkasa China mengesahkan kemasukan semula serpihan roket Long March 5B milik China ke ruang udara bumi.
Menurut kenyataan MOSTI, serpihan itu dikesan pada pukul 12. 55 pagi tadi waktu Malaysia di beberapa kawasan sekitar Sarawak.
“Sisa serpihan yang terbakar telah direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu iaitu antara latitud 9.1 utara dan longitud 119.0 timur,”jelas MOSTI.
Berita lanjut menyusul. -TVS