Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Masjid boleh menjadi tempat untuk menganjurkan program yang mengeratkan keharmonian rakyat berbilang kaum di Sarawak, kata Dato Sri Fadillah Yusof.

Masjid disarankan anjur program eratkan hubungan umat Islam dan bukan Islam di Sarawak – Fadillah

BySalasiah Safian

KUCHING, 31 Julai : Masjid boleh menjadi tempat untuk menganjurkan program yang terbuka kepada penganut pelbagai agama sekaligus mengeratkan keharmonian rakyat berbilang kaum di Sarawak.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, program – program yang dianjurkan di masjid tidak seharusnya dihadkan kepada umat Islam sahaja.

Katanya, sekiranya program yang dianjurkan mengalu-alukan kehadiran penganut agama lain, ianya boleh membuka ruang kepada bukan Islam untuk memahami tentang ajaran Islam.

“Ini seterusnya dapat mengelakkan berlakunya salah faham.

“Jadi amat penting untuk kita menyebar luas peranan masjid, dapat berkongsi informasi yang lebih baik.

“Di Wilayah Persekutuan contohnya, terdapat masjid yang mempunyai pusat sumber yang turut dibuka kepada bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penangguhan Festival Maal Hijrah 1444 Hijrah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Sementara itu, Abang Abdul Wahap berkata, pihaknya ingin menjadikan masjid sebagai satu platform riadah yang sihat.

“Sempena Maal Hijrah, kita anjurkan festival selama tiga hari yang diisi dengan pelbagai program bermanfaat.

“Ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan anak-anak muda kita untuk terjebak dengan aktiviti tidak berfaedah,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan