Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Filem Thor : Love and Thunder secara rasmi tidak akan ditayangkan di pawagam di negara ini, menurut Disney Malaysia.

Tayangan Thor : Love and Thunder di Malaysia dibatalkan

ByNina Azman

KUCHING, 28 Julai : Filem Thor : Love and Thunder secara rasmi tidak akan ditayangkan di pawagam di negara ini, menurut Disney Malaysia.

Sebelum ini, filem berkenaan telah dua kali ditunda tarikh tayangan asal iaitu pada 4 dan 21 Julai lepas.

Setakat ini, Disney Malaysia tidak menjelaskan punca keputusan itu.

Menyusul pengumuman itu, Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas hari ini memuat naik kenyataan mengenai pembatalan berkenaan di laman sosial masing – masing.

Dalam kenyataannya, GSC turut memohon maaf kepada pelanggannya.

Filem itu dilakonkan oleh aktor terkenal Hollywood termasuklah Chris Hemsworth, Natalie Potman dan Christian Bale.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, filem itu mengandungi elemen yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan