Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penemuan mayat yang dibungkus dengan selimut berdekatan kolam air panas di Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Ahad lepas telah menggemparkan pengguna media sosial.

Penemuan mayat dibungkus selimut gemparkan pengguna media sosial

ByElani Rosllan

KUCHING, 27 Julai : Penemuan mayat yang dibungkus dengan selimut berdekatan kolam air panas di Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Ahad lepas telah menggemparkan pengguna media sosial.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu pada pukul 8.30 malam.

Katanya, pemeriksaan di lokasi mendapati mayat itu turut diikat dengan menggunakan tali.

“Mayat dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati tiada kecederaan dan unsur jenayah dikesan pada mayat itu.

“Hasil bedah siasat mendapati si mati merupakan seorang lelaki lingkungan 20-an dan disyaki warga asing kerana tidak mempunyai suntikan imunisasi Bacille Calmette-Guerin (BCG).

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Beberapa hari lepas tular di aplikasi TikTok mengenai mayat dalam keadaan berbungkus dan dipercayai telah berulat.

Sehubungan itu, Choon Foo mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi berkaitan kes itu dan diminta menghubungi polis sekiranya mempunyai maklumat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan