Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Taktik sindiket pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan bas dan kurier berjaya ditumpaskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah dalam Operasi Khas Narkotik Joint Task Force Sempadan Laut Malaysia-Indonesia.

Sindiket edar dadah guna bas dari Kota Kinabalu ke Tawau tumpas

ByTVS

TAWAU, 7 Julai : Taktik sindiket pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan bas dan kurier berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menerusi Operasi Khas Narkotik Joint Task Force Sempadan Laut Malaysia-Indonesia.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Julaiman Soimin berkata, sebanyak enam kes yang menggunakan dua modus operandi berkenaan dalam tempoh sebulan bermula pada 8 Jun sehingga 7 Julai 2022 telah dipatahkan pihaknya.

Menurutnya, kawasan operasi itu membabitkan di sempadan laut Malaysia – Indonesia khususnya di Tawau dan pintu masuk udara dan darat.

“Sepanjang tempoh operasi berkenaan, JKDM Sabah merampas dadah disyaki jenis Methamphetamine seberat 10.69 kilogram (kg), Ketamin (7 kg) dan daun ketum seberat (315 kg) yang bernilai RM755,028.

“Kesemua kes ini yang melibatkan bas yang datang daripada Kota Kinabalu ke Tawau dan Keningau yang menggunakan modus operandi yang sama,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

JKDM Zon Sabah katanya, sentiasa komited dalam menangani sebarang aktiviti melibatkan penyeludupan dadah.

Jelasnya, sejak awal Januari sehingga kini, JKDM Zon Sabah telah berjaya merampas dadah jenis Methamphetamine seberat 55.334 kg, Ketamine (10 kg), dan serbuk ketum (552.49 kg) bernilai lebih RM2.54 juta.

Kesemua kes katanya disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 Akta Racun 1952.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan