Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Keningau berjaya memberkas seorang lelaki warga tempatan untuk membantu siasatan pencorobohan Gereja Katedral St. Francis Xavier Keningau. Foto: Diocese of Keningau

Polis berkas lelaki bantu siasatan pencerobohan gereja di Keningau

ByTVS

KENINGAU 7 Julai : Polis Keningau berjaya memberkas seorang lelaki warga tempatan untuk membantu siasatan berhubung pencerobohan Gereja Katedral St. Francis Xavier Keningau.

Ketua Polis Keningau Deputi Superintendent Polis (DSP) Nor Rafidah Kasim memberitahu dalam satu kenyataan, lelaki warga tempatan itu berumur 34 tahun dan didapati kurang siuman.

“Hasil ujian air kencing suspek didapati negative dadah,” katanya sambil menambah suspek dan barang rampasan telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Keningau untuk siasatan lanjut.

Rafidah berkata, pengurusan gereja telah membuat laporan polis mengenai pencorobohan itu kira-kira jam 10.01 pagi.

Menurut fakta kes, kira-kira jam 7.30 pagi, seorang individu yang tidak dikenali memasuki ruang hadapan gereja itu dan merosakkan sebanyak dua patung dibahagian kiri dan kanan gereja serta lambang salib besar dijatuhkan.

Polis mengesahkan tidak ada kecederaan dilaporkan tetapi pencorobohan itu menerbitkan keresahan rata-rata penduduk daerah Keningau khususnya penganut agama Kristian.

Diocese of Keningau melalui laman Facebook meminta seluruh penganut agama itu supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan