Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Abang Johari bertemu Perdana Menteri Singapura untuk input pengurusan dana kekayaan berdaulat

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 7 Julai : Sarawak mula memgambil langkah serius untuk mewujudkan dan menguruskan dana kekayaan berdaulat seperti dihasratkan sebelum ini.

Perkembangan ini menyusul selepas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan kunjungan hormat bertemu Perdana Menteri Singapura , Lee Hsien Loong di pejabatnya di republik berkenaan hari ini.

Kunjungan itu bagi mendapatkan pandangan mengenai operasi dan pengurusan dana kekayaan Singapura selain menggalakkan kerjasama ekonomi membabitkan republik itu dengan Sarawak.

Menerusi kunjungan kira-kira setengah jam itu, kedua-dua pemimpin turut mengadakan perbincangan kepentingan dua hala antara Singapura dan Sarawak serta isu-isu semasa yang mempengaruhi rantau dunia.

Abang Johari sebelum ini mengesahkan ordinan untuk menubuhkan dan mengawal Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November ini dan dijangka akan mula beroperasi pada 2024.

Pada Mei lepas , Abang Johari turut membuat lawatan ke Norway untuk mengkaji operasi dan tadbir urus model dana kekayaan yang dilaksanakan negara berkenaan.

Abang Johari ketika ini sedang dalam lawatan rasmi ke Singapura sehingga 9 Julai bagi memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Mengiringi Abang Johari ialah tiga Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan