Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Adham Baba melancarkan edisi keempat jelajah MYStarup Roadshow di TEGAS Digital Village di sini hari ini.

MOSTI sambut baik inisiatif pendigitalan Sarawak

ByFebbright James

KUCHING, 24 Jun : Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) yang dilancarkan Kerajaan Sarawak diyakini mampu menjadi penggerak kepada program MYStartup di Sarawak dan seterusnya mewujudkan ekosistem syarikat pemula atau start up yang terangkum.

Menteri, Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba, inisiatif berkenaan juga akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pilihan utama bagi para pengasas dan syarikat luar untuk bertapak untuk memulakan operasi mereka sekali gus merancakkan lagi ekonomi.

Katanya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensi di bawah seliaanya akan bekerjasama dengan TEGAS untuk menjalankan tanggungjawab membantu syarikat pemula di Sarawak.

“Oleh itu, kita akan menggunakan strategi atau inisiatif tertentu bagi memastikan syarikat pemula ini boleh dimajukan sehingga ke peringkat antarabangsa dan pasaran yang lebih tinggi.

“MOSTI menyambut baik inisiatif negeri Sarawak yang menekankan pendigitalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan edisi keempat siri jelajah ‘MYStartup Roadshow’ di TEGAS Digital Village, disini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak , Datu Len Talif Salleh yang juga Pengerusi TEGAS, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr. Hazland Abang Hipni dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan.

Sempena jelajah berkenaan, MOSTI menerusi Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan TEGAS bagi memperluaskan lagi inisiatif MYStartup dan seterusnya meningkatkan penglibatan syarikat pemula di Sarawak.

Kuching merupakan lokasi pertama di luar Semenanjung Malaysia dan yang keempat dalam siri jelajah MYStartup selepas Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Jelajah ini adalah sebahagian daripada usaha bagi memastikan komuniti start-up di Sarawak turut sama terlibat dan mendapat manfaat daripada program-program pemerkasaan syarikat pemula melalui Program MYStartup.

Pada majlis yang sama, Adham turut mengumumkan inisiatif daripada Cradle dan Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) yang menyediakan pembiayaan pada peringkat awal ke peringkat seterusnya iaitu Program Pembiayaan Start-ups Agensi MOSTI.

“Di bawah kerejasama ini, kesemua pilihan pembiayaan sedia ada daripada Cradle dan MDV akan diadaptasi menjadi satu corong pembiayaan kepada start-up.

“ Justeru, sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Cradle dan MDV telah termeterai sebagai langkah awal bagi mengurangkan jurang kegagalan atau ‘the valley of death’ yang dihadapi kebanyakan start-up di Malaysia,”ujarnya.

Program MYStartup ini merupakan inisiatif MOSTI, dikuasakan oleh CRADLE  serta sokongan padu dari komuniti setempat termasuk TEGAS Digital Village, SDEC, iCUBE dan Sarawak Media Group.

Tujuan program ini adalah untuk memberi sokongan dan bimbingan beterusan kepada syarikat pemula agar mereka dapat membawa syarikat mereka ke peringkat yang lebih tinggi di samping melahirkan modal insan yang berkualiti.

Dalam pada itu, ini salah satu usaha Malaysia untuk melahirkan lebih ramai syarikat berasakan kemahiran digital dan teknologi berikutan negara ini menekankan pembangunan Augmented Reality, Artificial Intelligence dan sebagainya.

Sementara itu, Len Talif Salleh menyeru syarikat pemula untuk mengambil peluang dan ruang yang disediakan oleh kerjaan  untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Saya menyeru syarikat pemula untuk mengambil peluang yang sedia ada yang dilaksanaka oleh MOSTI, TEGAS dan Cradle Fund ini menerusi MyStartup untuk kebaikan mereka” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan