Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selepas sekian lama tidak muncul dengan persembahan berskala besar di Bumi Kenyalang, Wings kembali menerusi Showcase Wings One Night Only Live In Kuching di Sarawak Chambers, Riverside Majestic Hotel, Kuching pada 27 Ogos 2022.

Showcase Wings One Night Only Live In Kuching, pasti rock!

KUCHING, 22 Jun : Tiket Konsert Wings yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC, pada 15 Julai ini habis dijual dalam tempoh 15 minit selepas dilancarkan.

Sambutan hangat itu membuktikan kumpulan legenda rock ini masih mempunyai peminat setia yang luar biasa.

Kredibilti yang dibawa Wings sepanjang 38 tahun dalam industri muzik tanah air menjadikan kumpulan yang popular dengan lagu Sejati itu berada dalam kelas tersendiri.

Dianggotai oleh Dato’ Awie (vokalis), Syam dan Edrie (pemain gitar), Eddie (pemain bass) serta Black (pemain dram) adalah nyawa kepada Wings.

Selepas sekian lama tidak muncul dengan persembahan berskala besar di Bumi Kenyalang, Wings kembali menerusi Showcase Wings One Night Only Live In Kuching di Sarawak Chambers, Riverside Majestic Hotel, Kuching pada 27 Ogos 2022.

Penganjurnya Bidari Mohamad Suhaili dari BMS EVENT berkata, alasan utama membawa Wings masuk ke Kuching adalah kumpulan itu mempunyai ramai peminat di negeri ini.

“Wings adalah kumpulan rock legenda yang masih utuh sehingga sekarang. Awie sebagai penyanyi utama mempunyai ramai pengikut. Begitu juga lagu-lagu mereka yang masih segar dalam ingatan peminat termasuklah di Sarawak,”katanya.

Menurut Bidari, menerusi penganjuran Showcase Wings One Night Only Live In Kuching , dia berharap mendapat sambutan sekali gus dapat membantu badan bukan kerajaan (NGO) National Cancer Society Cawangan Sarawak.

“Harapan saya agar ‘showcase’ ini menjadi salah satu acara di dalam kalendar pelancongan Sarawak yang boleh menarik pelancong domestik untuk sama-sama menyaksikan konsert artis Malaysia seperti Wings,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan HS Shazlicious yang juga penganjur bersama, Mubarak Akhtar berkata, Kuching merupakan lokasi di mana kumpulan itu mempunyai peminat yang ramai.

“Sebenarnya sudah 10 tahun Wings tidak buat konsert di Sarawak. Jadi, kita harap dengan adanya Showcase Wings One Night Only Live In Kuching ini, peminat Wings boleh hadir bagi mengubat rindu,”katanya.

Katanya, pada persembahan makan malam sempena ulang tahun ke-36 Wings pada Februari lalu, pihaknya berjaya menjual semua meja dalam tempoh enam hari sahaja.

Penganjuran Showcase Wings One Night Only Live In Kuching dibuat seminggu selepas Showcase Romantika Awie di Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut Mubarak, Awie selaku penyanyi tidak ada masalah kerana lagu-lagu Wings dan Awie berbeza.

“Awie bersetuju untuk menjayakan dua persembahan besar ini dalam jarak seminggu kerana beliau maklumkan,masa rehat selama seminggu mencukupi.

Pada Showcase Wings One Night Only In Kuching yang berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan Wings menyampaikan hampir 20 lagu.

Harga tiket dibahagikan kepada beberapa kategori dengan harga yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Diamond: RM12,000 (semeja untuk 10 orang)
  • Platinum: RM10,000 (semeja untuk 10 orang)
  • Gold: RM8,000 (semeja untuk 10 orang)
  • Silver: RM5,000 (semeja untuk 10 orang)
  • Bronze: RM3000 (semeja untuk 10 orang)

Tiket akan mula dijual pada 24 Jun ini melalui pasukan pemasaran BMS Event.

Penempatan meja adalah berdasarkan harga dan ‘first come, first serve basis’. – TVS

Tags: wings

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByNurul Amarlina-
ByEekbal Yusuf-