Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah melihat kaedah rawatan kepada individu bermasalah pendengaran pada Majlis Pelancaran Screening and Health Carnival 2022 di sini hari ini.

Kerajaan Sarawak salur lebih RM500 ribu bantu rawatan pendengaran

KUCHING, 12 Jun : Kerajaan Sarawak telah menyalurkan peruntukan lebih RM535,000 kepada Persatuan Pemulihan Pendengaran Dan Aural (HEAR) Sarawak bagi membantu individu masalah pendengaran terutamanya golongan B40 untuk mendapatkan implan koklear.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, peruntukan itu digunakan untuk tujuan rawatan dan membeli peralatan diperlukan untuk meningkatkan keupayaan mendengar dan bertutur.

Katanya, jumlah berkenaan telah diluluskan setakat bulan ini.

“Menerusi inisiatif ini, kita telah membantu seramai enam orang kanak-kanak dan juga remaja dengan lapan implan koklea.

“Sebenarnya untuk mendapatkan rawatan ini, harganya sangat mahal,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Screening and Health Carnival 2022 anjuran Persatuan Pemulihan Pendengaran dan Aural (Sarawak HEAR) di sini hari ini.

Sarawak HEAR merupakan persatuan yang menyediakan maklumat terkini serta pilihan bantuan rawatan khasnya untuk pemulihan pendengaran.

Sementara itu, Presiden Sarawak HEAR, Dr Tang Ing Ping berkata, persatuan itu menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat agar terus memberi bantuan kepada individu yang mengalami masalah kurang pendengaran.

Katanya, berdasarkan statistik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam kalangan 1,000 bayi yang baharu dilahirkan, satu hingga lima mempunyai masalah pendengaran.

“Mungkin ada seorang atau daripada lima bayi ini, mereka memerlukan alat bantuan pendengaran.

“Ini boleh membantu mereka pada masa akan datang,” katanya.

Mengenai rawatan masalah pendengaran, beliau memberitahu, implan koklear atau telinga bionik merupakan salah satu kaedah terkini dan dijual pada harga minima RM70,000.

“Alat berteknologi tinggi ini mampu membantu individu yang bermasalah pendengaran untuk mengenal, mendengar bunyi dan seterusnya belajar bertutur dan berkomunikasi,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan