Kerajaan Sarawak salur lebih RM500 ribu bantu rawatan pendengaran #bm, Berita Sarawak, Daily Updates June 12, 2022 6:51 PM KUCHING, 12 Jun : Kerajaan Sarawak telah menyalurkan peruntukan lebih RM535,000 kepada Persatuan Pemulihan Pendengaran Dan Aural (HEAR) Sarawak bagi membantu individu masalah pendengaran terutamanya golongan B40 untuk mendapatkan implan koklear.