Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Karnival Digital CENTEXS 2022 yang julung kali diadakan tahun ini menyasarkan 1,500 orang peserta.

Simposium Karnival Digital CENTEXS 2022

KUCHING, 6 Jun : Karnival Digital CENTEXS 2022 yang julung kali diadakan tahun ini menyasarkan 1,500 orang peserta.

Program anjuran Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diadakan bersempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS,  Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman, karnival yang bermula 5 hingga 20 Jun itu turut menampilkan tenaga pengajar CENTEXS, penceramah luar dan juga penggiat industri antarabangsa.

Program karnival Digital CENTEXS 2022.

“Sudah semestinya kehadiran pakar digital dari syarikat ternama global seperti Huawei, EON Reality dan Keysight Technologies akan turut memeriahkan lagi karnival digital pertama Sarawak ini.

“Untuk simposium sahaja kita sasarkan dalam 1,000 orang, 500 orang melalui online, 500 penyertaan dari kampus kita, seterusnya program komuniti pula kita sasarkan dalam 500 orang. Tapi ramai juga yang sudah berdaftar sebab tidak perlu bayar masuk dan hanya melalui google meet, youtube live dan sebagainya,” katanya selepas ditemubual dalam program Sejahtera Asia hari ini.

Tambahnya penggunaan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)  memainkan peranan yang cukup besar dalam usaha menangani wabak COVID-19.

“Teknologi memang penting, kita sudah belajar daripada pandemik ini, social meet jadi susah. Masa depan kita tidak mahu contagious diseases (wabak berbahaya) baru datang. Jadi kita kena membiasakan diri dengan teknologi untuk pembelajaran, pekerjaan dan untuk kita beli barang supaya kita boleh hadkan penjarakan sosial supaya masa depan kita tidak lagi berdepan penyakit seperti COVID-19.

“Bagi pihak CENTEXS, kita akan mempelajari lebih mengenai teknologi ini supaya teknologi ini tersedia untuk kita mengejar matlamat yang lebih tinggi terutamanya mengenai aplikasi teknologi digital di Sarawak,” katanya.

Jelasnya lagi, pengunjung juga boleh merasai sendiri pengalaman dan melihat secara lebih dekat teknologi yang terdapat di CENTEXS untuk tujuan pembelajaran sekaligus menarik minat golongan muda yang ingin menyertai program-program yang ditawarkan dalam bidang teknologi digital serta kemahiran teknikal.

Sebarang keterangan lanjut, sila layari CENTEXS, CENTEXS Digital Academy dan CENTEXS Commercial di platform sosial media Facebook, website https://www.centex-sarawak.my dan untuk maklumat terkini boleh berhubung terus dengan Ketua Unit Pemasaran, Media dan Perhubungan Awam, Cik Malissa Sahari di 016-8660014 atau melalui emel ms.malissaccm@gmail.com. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan